Muhasabah Kepimpinan
Allah S.W.T berfirman,
-Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu bercakap sesuatu yang tiada kamu lakukan. (surah As-Saf:3)
Rasulullah S.A.W bersabda,
-Dua golongan yang apabila baik maka baiklah rakyat dan apabila rosak maka rosaklah rakyat iaitu pemimpin dan ulama'. (riwayat Ibnu Abdul Barri dan Abu Nuaim)
Saidina Abu Bakar As-Siddiq,
-Demi Allah, tidak pernah aku mengharapkan menjadi pemimpin walau hanya sehari semalam. Dan tidak pernah aku meminta kepada Allah sama ada secara sembunyi mahupun terang-terangan. Dan kalau tidaklah meninggalkan tanggungjawab terhadap agama dan umat tentulah aku lari ke mana sahaja dibawa kaki.
-Beliau merintih sambil menangis, Wahai diri bagaimana nasibku, kenapa aku tidak menjadi pohon kayu sahaja; ertinya tiada lagi hisab di akhirat.
Saidina Umar Al-Khattab,
-Kalau aku tidur di siang hari nescaya tidak selesai urusanku terhadap umat. Kalau aku tidur di malam hari tidak selesai urusanku terhadap Allah. Oleh itu beliau terlalu sedikit waktu tidur.
-Beliau berucap kepada seluruh keluarganya, Manusia melihat kamu seperti burung melihat kepada mangsanya dengan penuh perhatian. Apabila kamu melakukan sesuatu, mereka ikut sama. Jika kamu waspada, mereka juga berhati-hati. Demi Allah, tiada seorang pun di kalangan kamu yang melakukannya melainkan aku hukum kamu berganda-ganda kerana kedudukan kamu sebagai keluarga keluarga Amirul Mukminin.
-Andainya seekor kambing berjalan mencari makan dari Madinah ke Kufah dan patah kakinya di pinggir Sungai Dujlah lalu mati lantaran jalannya rosak, aku takut Allah akan pertanggungjawabkan ke atas aku di Akhirat kelak.
Saidina Usman Ibnu Affan,
-Beliau pernah merintih di hadapan sahabat terdekat, Sekiranya aku terkapai-kapai di antara syurga dan neraka dan aku tidak tahu akan ke mana maka aku mengharapkan menjadi abu sahaja.
Saidina Ali Bin Abi Talib,
-Beliau seringkali membaca sepotong firman Allah sambil berlinangan air mata iaitu maksudnya: negeri Akhirat itu kami(Allah) jadikan bagi orang-orang yang tidak ingin menyombong diri di muka bumi dan kesudahan yang baik itu adalah bagi orang-orang bertaqwa. (surah Al-Qasas:83)
Saidina Umar Ibnu Abdul Aziz,
-Khadamnya merasa hairan kerana di malam hari titisan air mata khalifah itu sering menimpanya yang tidur di pangkin bawah. Apabila ditanya khalifah itu menjawab: Amanah Allah yang dikurniakan kepada diriku seperti anggota tubuh, anak isteri dan sedikit harta benda, aku cemas kalau-kalau tidak dapat menjawabnya di hadapan Allah. Betapalah kini aku sedang memikul beban dan tanggungjawab umat Muhammad. Seluruh urusan umat ini Allah akan tanya kepada aku satu persatu.
Kata-kata yang ingin dimasukkan ke dalam Read More.