THIS BLOG IS UNDER RENOVATION!

Aku hairan..


Aku melihat lalu berfikir. . .

Aku hairan,
adakah kita lupa hakikat diri sebagai hamba?
Apakah kita lupa kebenaran hakiki bahawa kita adalah pendosa?
Lalu mana pintu taubat dan nikmat yang perlu kita cari?

Aku hairan,
bukankah kita bersaksi kita bersaudara pada panji tauhid?
Tapi di mana mereka bila saudaranya disembelih?
Bila ummat seiman dengannya dibunuh dan diseksa?

Aku hairan,
apakah hilang rasional kita?
Bergaduh tentang pangkat, jawatan dan pilihanraya,
sedang ummat ini masih lagi hanyut dan sesat,
dan anak muda gembira bergelumang dengan maksiat dan menari riang dengan syaitan.

Aku hairan,
kenapakah orang-orang tua itu lebih suka berbincang
dan berkata-kata kononnya atas dasar cendekiawan dan ketinggian ilmu pengetahuan,
demi dasar demokrasi junjungan perihal generasi masa hadapan,
tetapi anak muda tetap menari dengan rentak hidup mereka sendiri.
Adakah Islam itu tertegak dengan kata-kata?

Aku hairan,
kubur mereka sudah dekat menanti,
harta bertimbun tak pernah lupa dicari,
tidak pula mengambil kisah tatkala mencuri merompak harta rakyat sendiri.

Aku hairan,
ada mereka kata pejuang Islam sejati,
tetapi ummat seiman dengan mereka kafir digelari.
Berjalan bangga kononnya menteri.

Aku hairan,
anak muda dengan hidup mereka sendiri,
berpimpin tangan, berpeluk dan bersenda menari,
tarian dengan lenggok sendiri.
Adakah lupa pada ketinggian harga diri ?

Aku hairan,
Islam dianggap asing pada ummatnya sendiri.
Lalu mereka kata inilah yang hakiki,
itulah yang benar dan kamulah yang salah.
Tidakkah sedar kita ini pendakwah,
bukan hakim menjatuhkan silap dan salah.

Aku hairan,
bilamana kata-kata yang benar dibuang jauh.
pembawa kebenaran dianggap asing dan kebathilan dipegang teguh.
Adakah ini ummat masa kini ?

Aku hairan,
ada yang berkopiah dan berserban pula,
Yang berkot dan bertali leher juga,
lambang cendekiawan moden bijak berkata.
Maka kenapa hukum Allah ditolak tepi semudahnya?
Aku hairan pada ummat ini, pada alam ini, pada diriku sendiri...

. . . aku terus berfikir dan tertunduk sayu.

3 kata-kata hikmah:

serunaiklang_91 said...

aku hairan lalu berfikir....
aku berfikir lagi...
nak cakap ker tak nak..
akhirnyer...aku trpaksa mengaku....

huiyoooo...lawa blog...haha....

jeles ah ni....huhu

Natsu said...

@serunaiklang_91
aku pun hairan knp aku ske brfikir ni..
brfikir dlu sblm ckp kn?

hehe. puji la lg. aku siap tukr domain lg. jgn jeles.

-li.zue- said...

opss... mmg perkara realiti!!
lagi2 kt Malaysia..
haiyaa.. penatlah maw pk..