THIS BLOG IS UNDER RENOVATION!

Personality Test-4


Berapakah Indeks Kesetiaan Anda Pada Cinta?

SOALAN:

Terdapat khabar angin bahawa pejabat anda berhantu. Apabila anda kena kerja lebih masa seorang diri, anda rasa hantu itu berada di mana?

1. Bilik stor

2. Lif

3. Tandas

4. Bawah meja

5. Bilik bos


*************************************************************************************


1. Indeks kesetiaan cinta 99%
Apabila anda cintakan seseorang, anda hanya akan fikirkan si dia. Anda menjaga si dia dengan sebaik-baiknya. Tapi kesetiaan anda kadang-kadang juga memberi beban kepada si dia. Anda tidak dapat lepas tangan dengan begitu mudah.

2. Indeks kesetiaan cinta 80%
Apabila anda telah cinta terhadap si dia, kesabaran anda meningkat dengan mendadak. Pemikiran anda juga berubah menjadi konservatif. Anda hanya akan meningggalkan si dia apabila anda tidak dapat bersabar lagi. Tapi biasanya, selepas 18 tahun ataupun 25 tahun barulah anda ragu-ragu sama ada anda patut bersamanya dengannya atau tidak.

3. Indeks kesetiaan cinta 55%
Anda berharap dalam percintaan mempunyai hak untuk memilih. Maka anda berharap perkara yang anda boleh buat, si dia juga boleh buat. Maka kesetiaan anda bergantung kepada layanan dan cinta si dia terhadap anda.

4. Indeks kesetiaan cinta 40%
Anda mempunyai cara tersendiri dalam soal percintaan. Anda tidak setuju seseorang hanya boleh mempunyai seorang kekasih. Anda boleh membahagikan badan dan jiwa anda. Anda bersama dengan si dia, tapi tidak semestinya anda cintakan si dia. Sebaliknya, anda jatuh cinta dengan seseorang yang berjauhan dengan anda.

5. Indeks kesetiaan cinta 20%
Anda bermaharajalela dalam soal percintaan. Anda anggap anda sebagai seorang raja. Anda ingin memiliki gundik-gundik yang ramai. Yang penting sekali ialah, gundik-gundik anda kena setia terhadap anda. Tapi sebaliknya, anda pula tidak setia dalam percintaan.


Taken from Arena Komik magazine.

3 kata-kata hikmah:

serunaiklang_91 said...

wah..lawa blog...(lawa sket dari dulu...hehe)..

eh..ikan baru lahir ker??
nak mintak satu boleh???
haha...(nak goreng...)

Zahra Ameerah said...

ngee.. kesetiaan cinta dgn hantu dekat pejabat.

boleh pulak ey mcm tu;)

Natsu said...

@Zahra
haha. bkn la srh brcinta dgn hantu tu. ni ade kaitn psl psikologi cara kite brfikir je. so tlh mnjawab ape? Teeetttt!!!