THIS BLOG IS UNDER RENOVATION!

Personality Test-2


Lokasi Membeli Belah Menunjukkan Konsep Kewangan Anda

Personaliti dan konsep kewangan mempunyai hubungan yang sangat rapat. Kelemahan pada personaliti akan turut mengubah pandangan kewangan seseorang. Selain itu, cara kehidupan seseorang juga turut memberi kesan yang mendalam. Walaupun personaliti sukar untuk diubah, namun dengan gaya hidup yang diselaraskan sebanyak sedikit mampu untuk mengubah pandangan terhadap kewangan. Mari kita menguji hubungan antara membeli belah dengan pengurusan kewangan anda.

SOALAN:

Anda sering membeli belah di mana?

1. Pasaraya

2. Pasar malam

3. Butik

4. Ikut mood

5. Luar negara

6. Online

7. Kedai Jenama

8. Tengok dulu iklan, baru pergi beli


*************************************************************************************


1. PASARAYA
Anda pandai menguruskan kewangan anda. Kehidupan anda pasti selesa sekiranya anda tidak mengharapkan kemewahan yang berlebihan. Namun sekiranya anda menaruh harapan yang terlalu tinggi terhadap kewangan dan kemewahan, anda tetap rasa susah dan rumit walaupun pengurusan kewangan anda sangat baik.

2. PASAR MALAM
Reaksi anda sangat pantas. Tapi anda tidak mempunyai kepakaran pengurusan kewangan yang mencukupi. Sekiranya anda mempunyai sejumlah wang, anda juga tidak tahu menggunakannnya dengan sebaik mungkin. Anda kena berani mencuba mengambil tindakan seperti membuat pelaburan.

3. BUTIK
Citarasa anda sangat tinggi malah boleh dikatakan dah sampai tahap yang cerewet. Anda mempunyai permintaan terhadap kemewahan. Anda membelanja mengikut suka hati dan tiada perancangan. Untuk mengelakkan anda membazir wang, anda kena mencari pekerjaan yang sangat sibuk ataupun berkahwin dengan pasangan yang kedekut?

4. IKUT MOOD
Anda tidak suka membeli belah. Pada masa yang sama, anda langsung tiada masalah yang ada hubung kait dengan kewangan. Dalam hidup anda langsung tiada konsep kewangan. Mungkin anda mengetahui bahawa anda bukan seorang yang pakar dalam menguruskan kewangan. Jadi biarlah orang yang menguruskan kewangan anda.

5. LUAR NEGARA
Anda tidak suka membeli belah tapi anda suka melihat permandangan dan persekitaran. Anda sangat memahami keperluan anda.Anda hanya membeli apa yang anda perlukan. Kehidupan anda sangat menarik kerana anda sering ke sana dan ke sini demi melihat negeri ataupun negara orang lain.

6. ONLINE
Anda suka tawar menawar. Dalam kehidupan ini terdapat banyak konsep baru, idea baru, nafsu untuk mencari keuntungan juga semakin besar, tapi peluangnya amat tipis. Anda sukar mengawal nafsu anda. Anda jenis orang yang terburu-buru. Anda harus bergaul dengan mereka yang rasional dalam pengurusan kewangan. Mereka pasti dapat membantu anda dalam pengurusan kewangan.

7. KEDAI JENAMA
Anda sangat minat dengan barangan jenama. Pada pendapat anda, anda rasa barangan jenama ini mempunyai jaminan kualiti. Anda tidak perlu menghabiskan masa untuk membuat perbandingan harga. Anda mempunyai bakat yang semulajadi dalam hal pengurusan kewangan.

8. TENGOK DULU IKLAN, BARU PERGI BELI
Anda suka wang. Anda juga suka menguruskan wang namun anda tidak cekap. Lihat dulu iklan baru membuat keputusan untuk membeli bermakna anda masih mempunyai pengetahuan menguruskan kewangan. Anda tidak suka perasaan diikat oleh wang. Anda ingin hidup dengan bebas dan gaya hidup sendiri.

2 kata-kata hikmah:

serunaiklang_91 said...

haha....dah tau..hang mesti slalu pi pasar malam jer kan...hehe...

Natsu said...

aku srh org gaji aku gi bli je. xtau la die bli kt mne. online kot..
bli brg dapur je.