THIS BLOG IS UNDER RENOVATION!

10 Tahun Yang Lalu...


Dulu... Kalau ader boyfriend kiter rasa malu sangat... takut kena kutuk, dituduh gatal.
Tapi sekarang kalau takde boyfriend rasa malu sangat, rasa rendah diri

Dulu.. Kalau bdk lelaki telefon kat rumah, ibu bapa marah, kata suruh belajar tapi lain yang dapatnya.
Tapi sekarang ibubapa yang angkat terus pas line kat anak. (konon open minded)

Dulu.. Teman lelaki anak datang bertandang ke rumah, ibu bapa segan nak tunjuk muka kat jiran rasa malu sangat.
Tapi sekarang ibubapa pulak yang bercerita perihal teman lelaki anak.

Dulu… Teman lelaki anak datang ke rumah, bapa hambat ngan penyapu.
Tapi sekarang bapa siap sedia macam nak sambut menantu.

Dulu… kalau kiter keluar dengan orang lelaki punyalah takut, rasa satu dunia tengah ketawa kan kiter, jalan pun jauh jauh takut orang kampung nampak nanti report kat mak.
Tapi sekarang selamba jer jalan, dah lah rapat siap pegang tangan lagi. Orang yang lalu selisih pun siap dilanggar lagi.

Dulu.. bila budak lelaki datang nak berborak dengan kiter terasa malu sangat, rasa panas kat telinga terasa semua orang perhati kat kiter. Pastu cepat-cepat matikan perbualan.
Tapi sekarang, tak kisah dah.. bukan sajer bercakap, siap gelak ketawa lagi pastu boleh bertepuk tampar lagi

Dulu.. Kalau pergi ke taman biler tengok pasangan bercinta duk rapat-rapat, biler kiter pergi hampir kat dier cepat-cepat diorang bangun.
Tapi sekarang kalau kiter pergi dekat kat diaorang bukannyer diaorang nak bangun, lagi dirapatkan badan antara satu sama lain ada la. Langsung takde perasaan hormat, segan.

Dulu… Kalau tunang anak datang ke rumah nak jumpa anak, bapa duduk rapat jer dengan anak perempuan, langsung takde peluang nak citer soal hati.
Tapi sekarang, tunang anak datang rumah, bapa siap ajak mak keluar rumah lagi, bagi can konon.

Dulu.. Kalau tengok tv ada babak romantik terus bangun sebab malu kat mak dengan adik-adik.
Tapi sekarang siap kuatkan volume lagi pas tue dari duduk jauh kat tv terus duduk dekat sedepa. Langsung takde rasa malu.

Dulu.. Kalau jejalan malu nak lalu dekat tempat ramai kaum lelaki lepak, sanggup ikut jalan jauh dari jalan depan kaum lelaki.
Tapi sekarang bukan sajer selamba jer jalan depan kelompok kaum lelaki tapi siap ketawa berdekah-dekah, suara pun sengaja ditinggikan supaya didengari kaum lelaki ini.

Dulu.. Ibubapa tegur, anak-anak tunduk diam seribu bahasa. (takut)
Tapi sekarang ibubapa tegur, anak terus keluarkan hujah yang tak bernas. (melawanlah tue)

Dulu.. Anak buat silap ibubapa terus tegur.
Tapi sekarang anak buat silap, ibubapa taknak tegur. (takut nanti anak lari dari rumah)

Dulu.. Anak kecik menari depan tv, terus mak bapak tegur, jangan buat macam nie, malu nanti orang tengok.
Tapi sekarang anak menari depan tv, mak bapak siap daftarkan ke Tom Tom Bak n Malaysia idol lagi… Bangga tue..

Dulu.. Rasa malu nak pakai pakaian sendat, makeup tebal, tudung yang macam anak tudung sebab nanti mak tegur kata tak pandai berpakaian.
Tapi sekarang selamba jer pakai, mak pun suka… Kononnya anak pandai melawa, sedap mata memandang, taklah orang kata kolot sebaliknya pandai berfesyen dan mengikuti perkembangan semasa.

Dulu.. Ibubapa mengajar anak tutuplah aurat dan peliharalah tingkahlakumu.
Tapi sekarang takper tak pakai tudung, janji hati baik.

Nukilan Si Gadis.

DARIPADA Aisyah, Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu dia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka." (Riwayat Bukhari, Muslim dan at-Tirmizi)

P/S: Koleksi SMS menarik-7:
----------------------------------------
eden ado nak nunjuk
satu kat ekau,




1




lain kali eden tunjok
duo lak yo..
hehe..
----------------------------------

0 kata-kata hikmah: