THIS BLOG IS UNDER RENOVATION!

Susah Menjadi Lelaki atau Perempuan

Wanita

-Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
-Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
-Saksinya kurang berbanding lelaki.
-Menerima pusaka kurang dari lelaki.
-Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
-Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
-Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
-Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Aku kata, "Sebab tu la Sister in Islam wujud kot."

Lelaki

-Anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya.
-Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis dara ditanggung oleh bapanya.
-Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
-Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.
-Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya, kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.

Aku kata, "Jangan tanya sebab kenapalah kajian sains kata umur lelaki lebih pendek dari wanita. Tuhan tarik nyawa awal. Tanggungjawab dan dosa-dosa tak larat nak tanggunglah kot."

Kesimpulan,

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu itu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat itu dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 orang wanita; isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki; suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja; sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. Subhanallah.

Aku kata lagi, "Tapi kenapa Nabi disaksikan ketika peristiwa agung Isra' Mi'raj yang orang perempuan adalah penduduk neraka yang paling ramai?" Fikir2kan.

Aku melihat lalu berfikir..

Bahasa Komputer

Si suami, seorang Software Engineer baru pulang lewat malam dari kerja,

Suami: Assalamualaikum, saya 'Logged in'.

Isteri: Awak ada bawa ole-ole yang saya pesan?

Suami: 'Bad command or filename'.

Isteri: Tapi saya dah pesan dari pagi tadi lagi.

Suami: 'Errorneous syntax'. 'Abort?'

Isteri: Macam mana dengan barang yang lain?

Suami: 'Variable not found'.

Isteri: Kalau macam tu bagi kad kredit awak. Biar saya beli sendiri lain kali.

Suami: 'Sharing Violation'. 'Access denied'.

Isteri: Bagaimana dengan gaji awak?

Suami: 'File in use'. 'Try later'.

Isteri: Banyak kali saya pesan barang awak asyik lupa je. Awak sibuk sangat dengan kerja awak tu. Apa yang awak ingat dalam kepala awak tu? Awak tak sayang saya ke?

Suami: 'Too many parameters'.

Isteri: Apa kedudukan saya pada awak?

Suami: 'Unknown Virus'.

Isteri: Nampaknya saya buat kesalahan besar bila kahwin dengan awak ni.

Suami: 'Data type mismatch'.

Isteri: Awak laki tak guna.

Suami: 'Default'.

Aku hairan..


Aku melihat lalu berfikir. . .

Aku hairan,
adakah kita lupa hakikat diri sebagai hamba?
Apakah kita lupa kebenaran hakiki bahawa kita adalah pendosa?
Lalu mana pintu taubat dan nikmat yang perlu kita cari?

Aku hairan,
bukankah kita bersaksi kita bersaudara pada panji tauhid?
Tapi di mana mereka bila saudaranya disembelih?
Bila ummat seiman dengannya dibunuh dan diseksa?

Aku hairan,
apakah hilang rasional kita?
Bergaduh tentang pangkat, jawatan dan pilihanraya,
sedang ummat ini masih lagi hanyut dan sesat,
dan anak muda gembira bergelumang dengan maksiat dan menari riang dengan syaitan.

Aku hairan,
kenapakah orang-orang tua itu lebih suka berbincang
dan berkata-kata kononnya atas dasar cendekiawan dan ketinggian ilmu pengetahuan,
demi dasar demokrasi junjungan perihal generasi masa hadapan,
tetapi anak muda tetap menari dengan rentak hidup mereka sendiri.
Adakah Islam itu tertegak dengan kata-kata?

Aku hairan,
kubur mereka sudah dekat menanti,
harta bertimbun tak pernah lupa dicari,
tidak pula mengambil kisah tatkala mencuri merompak harta rakyat sendiri.

Aku hairan,
ada mereka kata pejuang Islam sejati,
tetapi ummat seiman dengan mereka kafir digelari.
Berjalan bangga kononnya menteri.

Aku hairan,
anak muda dengan hidup mereka sendiri,
berpimpin tangan, berpeluk dan bersenda menari,
tarian dengan lenggok sendiri.
Adakah lupa pada ketinggian harga diri ?

Aku hairan,
Islam dianggap asing pada ummatnya sendiri.
Lalu mereka kata inilah yang hakiki,
itulah yang benar dan kamulah yang salah.
Tidakkah sedar kita ini pendakwah,
bukan hakim menjatuhkan silap dan salah.

Aku hairan,
bilamana kata-kata yang benar dibuang jauh.
pembawa kebenaran dianggap asing dan kebathilan dipegang teguh.
Adakah ini ummat masa kini ?

Aku hairan,
ada yang berkopiah dan berserban pula,
Yang berkot dan bertali leher juga,
lambang cendekiawan moden bijak berkata.
Maka kenapa hukum Allah ditolak tepi semudahnya?
Aku hairan pada ummat ini, pada alam ini, pada diriku sendiri...

. . . aku terus berfikir dan tertunduk sayu.

Friends..

Life is not easy
and it will never be
but you always have friends
and one of them is me.

Friendship is like the relation between hands and eyes.
It's like when the hand gets hurt,
the eye cries,
and when the eye cries
the hand wipes its tears.

A friend is sweet
when its new
but it is sweeter
when its true
but you know what
its sweetest
when its you.


Credited by Susur Jalan Yang Mengukir Kata

Cinta dan Teman


Suatu hari si CINTA dan si TEMAN berjalan di desa,

tiba2 si CINTA terjatuh ke dalam telaga.

Kenapa?

Kerana CINTA itu buta,

lalu si TEMAN pun ikut terjun.

Kenapa?

Kerana TEMAN akan berbuat apa saja demi teman dia,

lalu didalam telaga si CINTA hilang.

Kenapa?

Kerana CINTA itu susah dicari dan mudah hilang,

tapi si TEMAN saat ini masih mencari-cari si CINTA.

Kenapa?

Kerana TEMAN itu sejati dan kekal sebagai teman yang setia.

CINTA bermula dan berakhir berulang kali.

TEMAN bermula sekali dan tiada pengakhiran.

Hargailah TEMAN.

Diolah semula dari asal,
..aspirasi dunia inspirasi akhirat..

Ways to Turn Down Men


Man: Haven't I seen you some place before?
Woman: Yes. That's why I don't go there anymore.

Man: Is this seat empty?
Woman: Yes, and this one will be if you sit down.

Man: Hey baby, what's your sign?
Woman: Do not enter.

Man: Can I buy you a drink?
Woman: Actually I'd rather have the money.

Man: How did you get to be so beautiful?
Woman: I must have been given your share.

Man: Your face must turn a few heads.
Woman: And your face must turn a few stomachs.

Man: Go on, don't be shy. Ask me out.
Woman: Okay, get out.

Man: I think I could make you very happy.
Woman: Why? Are you leaving?

Man: What would you say if I asked you to marry me?
Woman: Nothing. I can't talk and laugh at the same time.

Man: Can I have your name?
Woman: Why? Don't you already have one?

Man: Shall we go see a movie?
Woman: I've already seen one.

Man: Where have you been all my life?
Woman: Hiding from you.

Personality Test-5


Uji Penarik Minat Anda

Ini adalah psiko test untuk menguji anda akan tertarik dengan orang yang macam mana.

SOALAN:

Katakanlah dunia telah dijajah oleh makhluk asing, kalau anda hanya boleh menyelamatkan sejenis binatang untuk lari ke planet lain. Berikut yang mana satukah yang akan anda pilih?

1. Arnab

2. Kambing

3. Rusa

4. Kuda


****************************************************************************************


1.
Mempunyai luaran yang serius dan dingin tapi dalam hati adalah seorang yang peramah.

2.
Sangat jujur dan dapat mengikut kehendak orang lain.

3.
Anggun dan seorang yang sangat bersopan-santun.

4.
Seorang yang inginkan hidup bebas.